Friday, 19 July 2013

BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM...

Saya masuk kolej ni sebab atas tawaran jiran saya.Saya tidak tahu sangat tentang kolej ni.Bila saya sudah menjadi pelajar modular (pra semester) ,baru saya tahu keadaan kolej ni.Kolej ni unik dan tak macam kolej swasta yang biasa kita tonton di TV.Kolej ni tak berpagar dan ia tumpang bangunan orang.Pernah terdetik rasa menyesal di hati sebab pilih kolej ni.Nak tukar kolej,banyak hal yg nak kena settle dan amat la leceh.Nak tak nak,terpaksa belajar kat sini.

Sekarang saya sudah semester 3.Alhamdulillah,saya bahagia belajar di sini,dan saya tak menyesal seperti mana saya pernah menyesal dulu ketika pertama kali kenal kolej ni.Para fasililator,mereka banyak mengingatkan kami tentang tujuan kami masuk kolej ni semasa orientasi dulu.Tanpa mereka,mungkin saya dah pandang rendah kat kolej ni.Para pensyarah pulak hampir ke semua nya memberi semangat kepada pelajar nya (terutama nya pensyarah SBM).Sebab mereka juga lah saya tak menyesal belajar di sini !!! 

Di mana anda belajar,tidak kira tempat belajar tu cantik atau buruk,KEJAYAAN TIDAK BERGANTUNG KEPADA TEMPAT BELAJAR TETAPI BERGANTUNG KEPADA USAHA KITA SENDIRI.

Lagi pon kolej ni telah diiktiraf oleh kerajaan,
juga terdapat program kerjasama dengan UPM dan UNIKL.
Terus terang saya cakap bangunan kolej ni buruk,bila tengok dari luar,betul ke ni kolej ?

Walau seburuk mana pon,saya tetap bangga dengan kolej saya.Saya bangga sebab... sebab... sebab... sebab..........(macam mana nak cakap ni eh ??? susah la nak hurai kan kebanggaan saya ni)...ok la saya ringkas kan,saya bangga sebab saya telah menjadi warga kolej ni.Kalau kolej ni tak bagus,dah lama saya berhenti...Sekarang dah nak dekat 2 tahun,tetapi saya masih lagi belajar di sini.Itu lah buktinya bahawa saya yakin kolej ni memberi peluang yg cerah utk masa hadapan buat warga nya.i love KTAC !!!!! lagi pon,dengar cerita,lepas raya nanti semakin ramai orang nak daftar masuk kolej ni.